Yesterday Has Gone


Blog For Free!


Archives
Home
2008 July
2006 January
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
2003 November
2003 October

My Links
aimi fahmi
asbah
Abdullah
Atiq
aseel
Al-Jabal
bandarsepi
brother faiz
Bendera Putih
Blue Zone
Bal MIT
Badique
chineh
CaMaR
Deya
elle
Hoshposh
Hazihi Sabili
Hafidz poen
Irhakim's Blog
irfan germany
islam4real
intowesee
ihsan khairir
Ironblogrlgn's Blog
Kechik
Liyana
Lock
Liha
mueez
Mokhzani
mukhlis cardiff
MISG online
mufias
muhannad
Nik Nadzmi
nisa osu
Oja Penn State
Pedot
Pitman
Raizz's Blog
ReCom
Rahmat's Blog
Serih
Sani
sudin
sixerz
Tareq Purdue
Tazkirah Purdue
Taimiyah
Taroi
ukhti haridah
Usrah RPI
Usrah-CaMaR
wan hisham
Yana penn state
zidni

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



teka teki imam ghazali
12.12.04 (10:18 pm)   [edit]
PADA suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul bersama-sama muridnya. Al-Ghazali kemudian bertanya beberapa soalan:

IMAM GHAZALI: Pertama, apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia.

MURID: Orang tua, guru, kawan dan sahabat.

IMAM GHAZALI: Semua jawapan yang diberikan adalah benar, tetapi jawapan yang paling tepat adalah mati.

Imam Ghazali kemudian bertanya: “Kedua, apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

MURID: Negara China, bulan, matahari dan bintang.

IMAM GHAZALI: Semua jawapan yang diberi adalah betul. Tetapi, yang paling betul adalah masa lalu.

Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh itu, kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar tidak sesal pada kemudian hari nanti.

Imam Ghazali kemudian bertanya: “Ketiga, apakah yang paling besar di dunia ini?

MURID: Gunung, bumi dan matahari.

IMAM GHAZALI: Semua jawapan yang diberi adalah tepat. Tetapi, yang paling tepat adalah nafsu.

Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. (Rujuk surah al-A'raf ayat 179)

Keempat, Imam Ghazali bertanya: “Apakah yang paling berat di dunia?

MURID: Besi, gajah.

IMAM GHAZALI: Semua jawapan adalah benar. Tetapi, yang paling benar adalah menanggung amanah.

Segala tumbuhan, binatang, gunung-ganang tidak sanggup memikul amanah, tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi.

Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang ditetapkan oleh syarak.

IMAM GHAZALI: Apakah yang paling ringan di dunia.

MURID: Kapas, angin, debu dan awan.

IMAM GHAZALI: Semua jawapan yang diberi adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah meninggalkan sembahyang kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

Imam Ghazali bertanya: “Apakah yang paling tajam di dunia? Lalu muridnya menjawab: Pedang.

IMAM GHAZALI: Jawapan itu adalah betul. Tetapi, yang paling betul adalah lidah manusia. Hal ini kerana lidahlah, manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain hingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

***

Imam Al-Ghazali juga menggariskan 10 sifat mahmudah (terpuji) dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu:

- Taubat]
- Khauf (Takut)
- Zuhud
- Sabar
- Syukur
- Ikhlas
- Tawakal
- Mahabah (Kasih sayang)
- Redho
- Zikrul Maut (Mengingati mati)

Imam Al-Ghazali juga menggariskan 10 sifat mazmumah (tercela/sifat keji) dalam kitab itu iaitu:

- Banyak makan
- Banyak bercakap
- Marah
- Hasad
- Bakhil
- Cintakan kemegahan
- Cintakan dunia
- Bangga diri
- Ujub (Hairan diri)
- Riak (Menunjuk-nunjuk)