 Blog For Free!
Archives
Home
2008 July
2006 January
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
2003 November
2003 October
My Links
aimi fahmi
asbah
Abdullah
Atiq
aseel
Al-Jabal
bandarsepi
brother faiz
Bendera Putih
Blue Zone
Bal MIT
Badique
chineh
CaMaR
Deya
elle
Hoshposh
Hazihi Sabili
Hafidz poen
Irhakim's Blog
irfan germany
islam4real
intowesee
ihsan khairir
Ironblogrlgn's Blog
Kechik
Liyana
Lock
Liha
mueez
Mokhzani
mukhlis cardiff
MISG online
mufias
muhannad
Nik Nadzmi
nisa osu
Oja Penn State
Pedot
Pitman
Raizz's Blog
ReCom
Rahmat's Blog
Serih
Sani
sudin
sixerz
Tareq Purdue
Tazkirah Purdue
Taimiyah
Taroi
ukhti haridah
Usrah RPI
Usrah-CaMaR
wan hisham
Yana penn state
zidni
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| Home town to bury shot Brazilian |
| 07.28.05 (7:14 pm) [edit] |
Mr Menezes shooting caused outrage and grief in Brazil. The Brazilian electrician mistaken for a terrorist and shot dead by British police in London is due to be buried in his small home town.
---x---
I really don't think they will do anything like this if he were a Muslim.. I think everyone will just assume that he really was one of the terrorist.. if he were a Muslim I think when they look at the Brazilian and found out that he was no Muslim, they will say "OMG, he wasn't a Muslim.. we killed a wrong person."
What's wrong with the world.. or is it just me... thinking too much about it?
|
|
|
| |
| wawancara The Edge dengan Ayah Pin |
| 07.18.05 (8:26 pm) [edit] |
Wawancara dengan Ayah Pin The Edge
Pergi langit dengan jasad sekali ke?
Ayah Pin: Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.
Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat lain, kena bersendirian ke?
Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi.
Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke?
Tak ada mimpi, dia [malaikat] direct terus. Tak sedar diri tapi boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin manusia dunia ini.
Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa?
Saya berehat. Saya nak cari aktiviti du nia. Umur 10 ke 30, saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai ilmu praktikal menjalani hidup.
Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain sebelum tahun 30?
Mestilah orang tak tahu. Masa itu saya pegang rahsia lagi, orang lain tak boleh tahu. Orang yang buat amal sahaja atas diri saya tahu.
Saya sekarang ini bekerja seluruh dunia di bawah rukun langit, tak kira apa bangsa, ugama dan bahasa. Saya akan memberi petunjuk kepada seluruh bangsa dan ugama. Ini kerja saya sekarang, untuk hubungi daripada diri manusia yang buat amal kepada kerajaan langit terus.
Apakah antara kerja yang pernah dibuat Ayah dari tahun 10 hingga 29?
Tak tentu. Berniaga, bekerja dalam hutan sebagai pencari kayu canang, saya bertapa berdiam diri dalam hutan bukit-bukit. Saya satu orang sahaja.
Ayah berapa bini sekarang?
Empat. Dulu satu cerai, satu meninggal. Saya ganti yang lain. Jumlah anak tu tak ingat, dua puluh lebih. Lebih kurang 22.
Ayah boleh cerita tentang laporan tentang Ayah dalam Berita Harian?
Yang dia ambil pun bukan daripada saya.
Menurut laporan itu, Ayah Pin meneruskan ajaran yang dibawa gurunya sebelum itu, iaitu Tarikat Zirulah Hasan Anak Rimau atau nama sebenarnya Hassan Yaakob. Ayah pernah ikut dia?
Saya ikut dia [pada masa 1971]. Dia meminta pertolongan daripada saya untuk masuk zikir dia. Minta saya bekerjasama dengan dia.
Bukan ikut dia. Lepas itu saya keluar. Saya tak jadi sama perjalanan. Dia mencari duit dunia untuk kumpul orang-orang bagi sama dia. Itu saya tak mau. Itu saya keluar. Prinsip saya lain.
Tanah ini milik siapa?
Orang puan [isteri] saya beli dari nenek dia. Ini dulu milik nenek dia. Sekarang ini tanah ini di atas nama bini saya.
Macam mana ada duit untuk beli tanah?
Tanah ini murah dulu. Macam hutan, macam bukit. Dia pun tak tahu nak jadi macam ni. Ini pelan saya untuk membuat kerajaan langit di sini. Tanah ini lebih lima ekar. Boleh kata separuh lebih dah buat bangunan.
Ayah ugama apa?
Saya orang Melayu ni adat resam dalam Perlembagaan; dalam Koran ni tidak ada bangsa Melayu adalah ugama Islam. Tapi adat resam Melayu apabila Melayu, ugama Islam di sisi. Tapi saya diri sendiri tak boleh masuk mana-mana ugama. Saya sendiri, itu daripada hati peribadi saya. Saya tak boleh masuk ugama Islam, Kristian atau Buddha. Kalau saya masuk mana-mana ugama, ia bererti saya berpihak sebelah, serupa kita main politik. Kalau kita duduk dalam Barisan, bererti PAS kita mesti lawan. Kalau kita dalam parti PAS, bererti Barisan kita mesti lawan. Kalau saya masuk mana-mana ugama, bererti hati saya berpihak sebelah. Kalau saya berpihak sebelah, macam mana saya nak pilih manusia? Tak adil sekali.
Apa perhubungan Ayah dengan Tuhan?
Saya dengan Tuhan? Saya tak boleh kata sendiri. Kalau saya kata sendiri, saya menjadi sebagai mengangan. Itu kalau awak mahu tahu apa hubungan saya dengan Tuhan, awak tanya bangsa sendiri. Kalau Cina, tanya Cina, kalau orang putih, tanya orang putih. Tapi hari ini, bukan saya yang kemukakan jawapan ini, orang lain — Cina, Melayu, Hindu, orang putih, orang asli — menganggap saya sebagai Tuhan.
Adakah tanggapan itu salah?
Tak salah. Benar begitu. Tuhan melindungi manusia. Dia kalau tak tentu, macam mana boleh anggap? Sebab dia dah tentu bagi dirinya, dah sah bagi diriya begitu. Sebab dia masuk langit, saya menjadi begitu juga.
Apabila sebut dengan nama Tuhan masing-masing, saya akan sampai. Itu dia anggap saya Tuhan. Bagi orang asli seratus peratus. Orang Hindu panggil Murugan, Siva, Ganesha, saya semua. Kalau awak sebut naga bagi Cina, saya sampai dengan naga sekali.
Apakah dakwaan Mahkamah Syariah yang menyebabkan Ayah dipenjarakan tahun 2001?
Saya tak ada salah sebenarnya. Surat daripada kadi menjemput saya ke pejabat untuk bincang. Lepas beberapa kali kita bincang, tak jadi selesai. Sampai ketua polis panggil untuk bincang pun, semua pun tewas pada saya tak boleh buat apa-apa. Kemudian dia akan menipu cara dengan pakat dengan polis untuk buat kes atas saya mencabul orang. Buat cabul, sebenarnya saya tak cabul. Dia tu keluarga siapa ke saya tak tahu, supaya menghasut dia kata saya ni cabul dia. Itu dia tipu dulu.
Lepas itu, bila disiasatnya, ibu bapanya kata Ayah ubat anaknya bila dia sakit kepala di depan 30, 40 orang. Itu isu dulu. Bila siasat, tiada kes, majlis ambil tindakan atas surat kadi yang dihantar kepada saya untuk pergi bincang denganya. Saya tak pergi, lawyer kata surat ni tak perlu pergi, ni jemputan. Lawyer kata dia akan hubung dengan kadi. Selepas itu, apabila saya pergi begitu, dia ambil saya ke balai untuk dibawa reman di bawah majlis.
Dia kata surat tadi engkar mahkamah. Tapi macam mana engkar mahkamah, itu surat jemputan. Lawyer bincang dengan hakim, kalau Ayah mengaku, dia beri ringan-ringan. Surat ni sebagai kesalahan. Kalau ayah tak mengaku, dia akan membuat beberapa kes lagi. Saya rasa saya tak hina mahkamah. Itu lawyer bagi tahu dia akan berikhtiar untuk saya.
Kadi sudah berhubung sebelum kes ini?
Sudah lama dia berhubung, sejak 1970an lagi. Kali pertama didakwa kes ni la. Surat itu kata hina mahkamah.
Bukan menghina Islam?
Tak ada. Masa itu saya sudah buat surat keluar Islam di pesuruhjaya Kuala Lumpur, sudah keluar Islam. Lepas itu baru dia charge hina Islam.
Mengapa bila kadi, polis mengganggu sejak 1970an, tapi mereka hanya mengambil tindakan pada tahun 2001?
Tak ada kes. Beberapa kali sudah panggil saya bincang. Tiada apa yang boleh buat kes. Lepas itu, kes ini. Sampai sekarang tak boleh buat apa, saya tak tipu orang, saya tak mengajar. Orang cari saya. Saya bukan tak pandai, semua ilmu saya tahu, semua undang-undang saya tahu. Saya mempunyai kuasa sampai begitu. Tapi saya tak boleh mengajar. Saya bertugas atas jawatan saya.
Kalau pengikut anggap Ayah Tuhan dan Ayah tidak menafi?
Nafi ke begitu saya pun tahu saya begitu. Mana-mana bangsa pun tahu. Pertolongan dari langit dalam laut. Kalau ada orang atas kapal terbang, kapal terbang nak meletup, kalau ada orang minta pertolongan, saya akan sampai automatik beri pertolongan. Itu orang anggap Tuhan.
Mengapa Ayah nak angkat sumpah untuk kata keluar Islam? Kalau Ayah keluar Islam, Ayah tak perlu angkat sumpah?
Itu untuk mengesah saya keluar Islam kepada kerajaan. Tapi mereka tak terima, hanya rujuk kepada kadi. Sekarang ada surat lagi tunggu saya. Saya sendiri buat, bukan untuk bagi tahu orang. Saya terpaksa jadi begitu kerana semua bangsa ugama merujuk kepada saya semua.
Ayah juga percaya dengan penjelmaan semula?
Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak faham.
Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada perbezaannya?
Memang beza.
Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan? Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak, tak boleh jelma.
Apakah pandangan Ayah terhadap Perlembagaan bahawa Melayu mesti jadi Islam?
Itu bukan pandang, bukan munasabah. Perkara ini dalam undang-undang, tak kira bangsa. Koran ni bukan untuk orang Melayu sahaja.
Maka di dalam itu, tiada bangsa mana-mana yang menjadi satu nama yang tetap. Faham tak? Bangsa ni bukan tertakluk kepada penganut. Ia tidak dalam undang-undang satu bangsa jadi Islam. Dalam undang-undang itu, tiada dalam Koran. Ini kalau saya cakap-cakap terang jadi isu. Saya tak boleh begitu terang kerana ia jadi satu masalah. Cuma tak ada dalam Koran atau mana-mana undang-undang. Saya di bawah kuasa Tuhan, maka saya boleh terima apa yang dikehendaki.
Siapa yang menolong Ayah mengurus tempat ini?
Saya di tapak sini sahaja, tugas saya naik langit tu semua. Lepas itu bangunan ini orang lain yang buat, bila ada pertukaran baru tanya saya. Kalau tak boleh buat gini-gini, barulah tanya saya. Ada bidang-bidang masing-masing. Ada ketua seksyen untuk menjaga seksyen lain. Satu manusia untuk buat ni, satu untuk buat lain.
Berapa kosnya tempat ini?
Saya tak tahu. Duitnya tak tahu nak kira sebab kita tidak projek duit kos. Tapi duit tu sentiasa ada. Bangunan ni didirikan gotong-royong. Tak ada kontraktor.
Dari mana datangnya duit tu?
Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada.
Ayah boleh buat US dollar?
Tak boleh. Mesti ringgit. Tukar nanti orang cakap pula. Mana-mana pihak pun hairan kepada saya. Di mana saya ambil duit bila saya tak kerja. Isu ini tak boleh fikir, tak ada jawapan. Duit tu akan sentiasa ada, saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Apa-apa saya nak buat, duit itu ada. Bila saya nak buat, duit itu sentiasa ada dalam poket. Dari mana datang tak tahu.
Duit tu mula-mula muncul di mana, macam atas meja, atas pokok ke?
Tak tahu, saya boleh mengadakan. Macam orang panggil ajaib juga.
Setahu Ayah, mungkinkah ada ketua seksyen kutip duit atas nama Ayah?
Tak ada atas nama saya. Atas nama ketua seksyen, dia ada. Ketua seksyen minta duit, anda suka macam mana nak bantu. Tak ada duit nak buat kerja pun boleh. Nak bagi boleh, tak nak bagi pun kau punya pasal. Tak tentu, kaya miskin pun boleh bantu.
Ayah melihat sendiri sebagai Tuhan atau wakil Tuhan?
Tak sama. Mereka jauh berbeza. Tuhan boleh jatuhkan hukuman. Tuhan ni berlainan dengan yang lain. Saya bukan wakil Tuhan. Saya sendiri punya hak mana-mana ugama. Saya tidak boleh mengaku; bergantung kepada masing-masing untuk ketahui.
Adakah lelaki dengan wanita sama rata?
Tiada perbezaan.
Nilainya sama, mutunya sama?
Lain. Lelaki lebih. Kuasa tu lain.
Apa kekurangan perempuan?
Lelaki lebih. Semua dari Tuhan. Kuasa Tuhan dalam manusia, perempuan manusia tu tak boleh jadi Tuhan. Tuhan tu laki-laki. Tuhan tak pernah menjadi perempuan. Tuhan tu jantan.
Kekurangan wanita dari segi daya fikir ke?
Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%. Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai.
Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti?
Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit, saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya.
Pada penghujung wawancara, Rosli dengan perlahan menanyakan kami, “Off The Edge ini, banyak orang Melayu baca tak?”
“Ade jugak. Campur-campur le.”
“Oh,” angguk Rosli. Dia kelihatan bimbang.
|
|
|
| |
| Siapa disebalik pengeboman di London? |
| 07.11.05 (3:05 am) [edit] |
Siapa disebalik pengeboman di London? Posted on Saturday, July 09 @ 01:51:05 MYT Topic: Pengganas
Oleh: Khadija Abdul Qahaar, JUS
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia, maka boleh dikatakan bahawa hanya masa sahaja yang akan menentukan bila serangan di United Kingdom akan berlaku, terutamanya kerana peranan yang telah dimainkan oleh Britain dalam pembunuhan kejam di Afghans dan Iraq dan sokongan membutanya terhadap apa yang Bush namakan sebagai Memerangi Keganasan. Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa kejadian tersebut mungkin bukan dilakukan oleh al-Qaeda.
Di saat al-Qaeda terus dipersalahkan di atas kejadian yang membunuh 45 orang dan mencederakan seramai 300 yang lain, apabila tiga bom meletup pada rangkaian keretapi bawah tanah London dan yang keempat meletup dalam sebuah bas dua tingkat pada pagi hari Khamis yang sibuk, terdapat banyak keraguan dan kecacatan dalam apa yang dinamakan sebagai laporan rasmi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh "Pertubuhan Sulit al-Qaeda di Eropah".
Sebelum ini sebuah kumpulan yang tidak dikenali telah mengedarkan dakwaan bahawa mereka bertanggungjawab di atas kejadian tersebut sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku, satu salinan telah diterima oleh JUS. Walau bagaimanapun kenyataan tersebut terdapat kesilapan di dalamnya yang menunjukkan kepada kita bahawa bahan tersebut bukannya dari kumpulan al-Qaeda. Selama ini, JUS telah menterjemah kenyataan al-Qaeda setiap hari untuk menceritakan kepada pembaca kisah yang sebenar berlaku dalam Memerangi Keganasan dan kami dapati banyak masalah dengan apa yang dinamakan sebagai kenyataan rasmi ini.
Pertamanya, kenyataan al-Qaeda akan dihantarkan dulu kepada wartawan Arab dan bukannya dari BBC atau Reuters. Kenyataan ini mula ditimbulkan dalam media utama dan selepas itu baru diambil oleh media Arab di mana ia amat bercanggah dengan apa yang pernah dilakukan oleh al-Qaeda sebelum ini. Fakta ini sahaja telah menyebabkan kesahihan kenyataan tersebut diragui.
Kedua, Bahasa Arab yang digunakan dalam dakwaan tersebut adalah salah dari segi nahunya. Kenyataan al-Qaeda kebiasaannya menggunakan bahasa Arab yang biasanya menurut bahasa ibunda mereka. Mungkin yang paling penting ialah penggunaan ayat al-Quran yang salah dan tidak lengkap dalam kenyataan dakwaan tersebut. Mungkin kesilapan nahu boleh dimaafkan tetapi bagi saudara Tauhid atau pejuang mjahiddin yang hidup dan mati mereka demi kerana ayat-ayat Allah SWT akan pasti mengetahu ayat Allah dengan tepat dan tidak akan melakukan kesilapan yang di anggap besar ini.
Lebih kurang empat bulan yang lalu, khabar angin tentang serangan di UK mula ditimbulkan apabila pemimpin kumpulan muhajirun yang telah diharamkan, Omar Bakri Muhammad mengisytiharkan Britain sebagai Dar al-Harb (Bumi yang dihalalkan perang) yang menimbulkan keresahan di seluruh Britain termasuk umat Islam. Malah ada yang membuat rumusan bahawa Bakri dan beberapa pengikutnya telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan serangan yang berlaku pada pagi tersebut. Tetappi agak mustahil bagi beliau yang selama ini mendapat segala kemudahan hidup di London sanggup melakukan serangan tersebut.
Mungkin dalam masa akan datang al-Qaeda akan dipersalahkan melakukan serangan tersebut tetapi mmereka tidak boleh mengaitkannya dengan dakwaan bertanggungjawab yang telah tersebar dengan meluas sekarang ini. Walau apapun yang dapat didedahkan melalui hasil penyiasatan yang mereka lakukan, mereka masih tidak akan mendapat sokongan dari rakyat dalam menyerang Iraq.
|
|
|
| |
|
|