mari bersukan


Blog For Free!


Archives
Home
2008 July
2006 January
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
2003 November
2003 October

My Links
aimi fahmi
asbah
Abdullah
Atiq
aseel
Al-Jabal
bandarsepi
brother faiz
Bendera Putih
Blue Zone
Bal MIT
Badique
chineh
CaMaR
Deya
elle
Hoshposh
Hazihi Sabili
Hafidz poen
Irhakim's Blog
irfan germany
islam4real
intowesee
ihsan khairir
Ironblogrlgn's Blog
Kechik
Liyana
Lock
Liha
mueez
Mokhzani
mukhlis cardiff
MISG online
mufias
muhannad
Nik Nadzmi
nisa osu
Oja Penn State
Pedot
Pitman
Raizz's Blog
ReCom
Rahmat's Blog
Serih
Sani
sudin
sixerz
Tareq Purdue
Tazkirah Purdue
Taimiyah
Taroi
ukhti haridah
Usrah RPI
Usrah-CaMaR
wan hisham
Yana penn state
zidni

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



mari bersukan
01.04.05 (3:39 pm)   [edit]
Jenis-jenis sukan yang ditegah oleh Islam adalah seperti berikut:

Permainan yang sangat merbahaya tampa ada unsur dharurat kepadanya seperti sukan tinju kerana ia sangat merbahaya kepada jiwa dan orang lain tampa ada sebarang hajat yang menyeru kepadanya .

Permainan-permainan yang mendedahkan tubuh wanita ( iaitu bahagian anggota yang haram didedahkan di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya .) Ini adalah seperti yang terdapat di dalam sukan renang , olahraga dan sebagainya .Sepatutnya perlu ada kolam-kolam renang dan padang permainan yang khusus untuk mereka dan ia tidak boleh dimasuki oleh lelaki .

Permainan-permainan yang bergantung kepada sihir , kerana sihir merupakan salah satu daripada tujuh perkara yang membinasakan serta diharamkan mengajar dan menyebarkannya di kalangan orang ramai .

Permainan-permainan yang menggunakan helah dan penipuan untuk memakan harta orang ramai secara batil . Ini adalah seperti sejenis permainan yang terdapat di Mesir yang dikenali sebagai " Tiga Kertas".

Permainan-permainan yang mendedahkan haiwan-haiwan ataupun burung-burung kepada bahaya seperti permainan laga ayam ataupun laga kambing . Ini adalah kerana terdapat nas yang mengharamkan melaga haiwan . Manusia tidak sepatutnya menjadikan darah yang mengalir daripada pertempuran haiwan ini sebagai satu hiburan . Sesungguhnya sesiapa yang tidak merahmati , dia tidak akan dirahmati .

Permainan-permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata . Ini adalah seperti permainan Al-Nard ataupun apa yang dinamakan oleh orang Mesir sebagai At-Tawilah (sejenis permainan yang menggunakan bola dan daun terup).Walaupun begitu ,permainan-permainan ini berbeza dengan permainan yang bergantung kepada ketangkasan dan kemahiran berfikir seperti catur kerana pendapat yang rajih mengenainya adalah harus beserta dengan beberapa syarat yang perlu dijaga . Perkara ini telah saya sebut di dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" begitu juga di dalam kitab "Al-Fatawa Al-Muasarah" secara detail .

Permainan-permainan yang terdapat di dalamnya unsur-unsur perjudian kerana ia merupakan perkara yang keji seperti arak dan ia juga merupakan najis daripada amalan syaitan seperti mana yang telah disebutkan di dalam Al-Quran .

Permainan yang merendahkan ataupun mempersendakan kemulian manusia .Ini adalah dengan menjadikannya sebagai bahan ketawa kepada orang lain samada ke atas individu ataupun kelompok mesyarakat tertentu seperti orang buta , tempang , berkulit hitam ataupun ke atas pekerja-pekerja di dalam sektor pekerjaan tertentu kecuali di dalam skop yang boleh diterima oleh adat secara am . Allah s.w.t. berfirman :

Maksudnya : " Wahai orang –orang yang beriman , janganlah kaum lelaki mengh kaum lelaki ( yang lain ) kerana mungkin kaum yang dihina lebih baik daripada kaum yang menghina ."


Melampau-lampau di dalam permainan sehingga mengorbankan perkara-perkara lain .Ini adalah kerana permainan hanyalah merupakan "hiasan hidup" jadi ia tidak boleh berlebih-lebih sehingga megorbankan perkara-perkara yang menjadi kehendak dan keperluan di dalam hidup apatah lagi jika perrkara tersebut merupakan keperluan asasi . Semua perkara yang diharuskan disertakan bersamanya syarat tidak keterlaluan . kerana Allah s.w.t. tidak menyukai golongan yang melampau dan berlebih-lebihan .Begitu juga disyaratkan supaya permainan ini tidak melalaikan daripada tuntutan agama dan kewajipan dunia . Individu dan masyarakat muslim dituntut supaya mempunyai keseimbangan di antara kehendak dan kewajipan . Mereka hendaklah menunaikan setiap sesuatu yang berhak haknya .


Oleh itu , sesuatu yang tidak dapat diterima di dalam neraca Islam sifat melampau di dalam sesuatu permainan seperti bolasepak dengan mengetepikan permainan dan riadah yang lain dan apa yang lebih membimbangkan sifat melampau di dalam permainan ini sehingga mengabaikan tanggujawab yang penting seperti beribadat kepada Allah , memakmurkan muka bumi dan menyempurnakan hak-hak manusia . Lebih daripada itu pada waktu tertentu di sesetengah negara , kita mendapati ia bagaikan berhala yang disembah , manakala pemainnya dijual dengan harga beratus ribu bahkan berjuta ringgit bahkan di dalam masa yang sama terdapat sebahagian daripada intelektual dan cendiakawan hampir tidak mendapat makanan yang mengenyangkan mereka . Semua ini berlaku kerana kemahiran kaki dianggap lebih penting daripada kemahiran berfikir dan akal fikiran dan seseorang itu seolah-olah diiktiraf dengan bahagian bawahnya dan bukannya daripada bahagian atasnya .
 
Your Name:


Your Comment: