PUNCA BADAN MENJADI LETIH


Blog For Free!


Archives
Home
2008 July
2006 January
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December
2003 November
2003 October

My Links
aimi fahmi
asbah
Abdullah
Atiq
aseel
Al-Jabal
bandarsepi
brother faiz
Bendera Putih
Blue Zone
Bal MIT
Badique
chineh
CaMaR
Deya
elle
Hoshposh
Hazihi Sabili
Hafidz poen
Irhakim's Blog
irfan germany
islam4real
intowesee
ihsan khairir
Ironblogrlgn's Blog
Kechik
Liyana
Lock
Liha
mueez
Mokhzani
mukhlis cardiff
MISG online
mufias
muhannad
Nik Nadzmi
nisa osu
Oja Penn State
Pedot
Pitman
Raizz's Blog
ReCom
Rahmat's Blog
Serih
Sani
sudin
sixerz
Tareq Purdue
Tazkirah Purdue
Taimiyah
Taroi
ukhti haridah
Usrah RPI
Usrah-CaMaR
wan hisham
Yana penn state
zidni

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



PUNCA BADAN MENJADI LETIH
01.12.05 (1:57 pm)   [edit]

Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat Radio Malaysia Pulau Pinang yang di
muliakan. Assalamualaikum wbt. Satu diantara perkara yang sering di tanya
kepada saya oleh masyarakat dari masa kesemasa ialah mengapa badan mereka
sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi. Ini
satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memilikki maklumat yang
betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang
paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun
awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun
pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada
kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi
kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut
Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry
Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu
pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan
kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas
andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada
hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu
atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur
lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi
yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita
menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita
bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama
Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita
bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita
sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh
badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur
pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih
kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul
3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika
rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.
Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan
hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah
keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin
itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku
gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan
cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam.
Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih
kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang
pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di
penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran.
Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan
manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada
pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur
diwaktu sahur.

Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu
sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita
bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30
pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita
mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada
Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat
tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan
atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang
special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon
cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu
dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak
hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita
rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu
sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak
sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat
subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih.
Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat
yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun
dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian
pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi
insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu
pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan
jasadiah.

Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita hayati
ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan
yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu
sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara
berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah
formula kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi
insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang
mengambil iktibar daripada ibadah yang di tuntut oleh agama islam kita
yang suci lagi murni insyaallah.
 
Your Name:


Your Comment: